Close

WhatsApp bakal menyokong Widget baru – Cara pantas akses Meta AI

WhatsApp bakal memperkenalkan sokongan Widget baru bagi memudahkan pengguna untuk mengakes Meta AI dengan lebih pantas melalui skrin utama.

Fungsi atau widget ini telahpun diuji melalui kemas kini WhatsApp beta versi 2.25.6.14 untu Android. Melaluinya, pengguna boleh menambah widget ke skrin utama sekaligus memudahkan akses dan interaksi AI tanpa perlu membuka aplikasi secara manual.

Widget ini dibahagi kepada 3 bahagian, pertama adalah chat untuk soalan yang berasaskan teks, kedua foto untuk interaksi berdasarkan kepada imej dan ketiga suara untuk soalan dan berinteraksi melalui suara.

Walau bagaimanapun, sokongan widget ini hanya terhad kepada pengguna yang telah mempunyai akses Meta AI pada WhatsApp. Namun begitu, tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ini akan ditawarkan kepada pengguna secara global. Buat masa ini, ia hanya terhad di beberapa negara terpilih sahaja.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN