Black Shark Ring 2 telah diperkenalkan secara rasmi di China. Merupakan pencabar atau pesaing kepada cincin pintar dari Samsung iaitu Galaxy Ring.

Black Shark Ring 2 tampil dengan beberapa peningkatan yang lebih baik berbanding generasi sebelumnya. Black Shark Ring 2 kini lebih ringan iaitu sekitar 4 gram berbanding model sebelumnya iaitu 5.4 gram. Namun begitu, Galaxy Ring adalah lebih ringan dengan berat sekitar 2.3 hingga 3 gram mengikut saiz cincin.

Black Shark Ring 2 turut hadir dengan pelbagai penjejak kesihatan seperti kadar degupan jantung, pola tidur, jumlah kalori dan paras oksigen dalam darah. Tidak ketinggalan ia turut dilengkapi dengan pelbagai sensor untuk menganalisis data.

Selain itu, peranti ini menyokong kawalan melalui gesture control yang mampu mengawal main balik video dengan hanya melalui gerakkan jari. Ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu hitam, perak, emas dan kelabu. Tersedia dalam 6 saiz berbeza iaitu 7 hingga 12.

Dari segi ketahanan bateri, ia menawarkan ketahanan bateri yang lebih panjang iaitu sehingga 10 hari berbanding 5 hari pada model sebelumnya. Peranti ini menyokong peranti Androi dan juga iOS. Di China, Black Shark Ring tu dijual pada harga sekitar CNY749 (RM457).