Close

DNB berkerjasama dengan Meta untuk tubuhkan makmal inovasi di Malaysia

Digital Nasional Berhad (DNB) menjalinkan kerjasama dengan Meta dalam usaha untuk menubuhkan makmal inovasi di Malaysia. Buat yang tidak mengetahui, Meta adalah pengendali kepada perkhidmatan Facebook, WhatsApp, Threads dan Instagram.

Penubuhan makmal inovasi ini akan menfokuskan atau menumpukan kepada usaha untuk meningkatkan kemampuan perkhidmatan komunikasi masa nyata (RTC) pada platform media sosial.

Kerjasama ini juga akan dapat meningkatkan lagi ketersambungan rangkaian 5G sekaligus dapat menambahbaik dan memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik untuk panggilan suara dan video melalui platform Meta.

Selain itu, penubuhan makmal ini akan turut memberi tumpuan kepada pembangunan penyelesaian inovatif, pengukuhan teknik pengoptimuman rangkaian untuk komunikasi yang lebih lancar dan menambah baik pengalaman untuk pelanggan rangkaian 5G DNB.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN