OPPO bakal memperkenalkan peranti andalan mereka iaitu Find X8 Ultra pada sekitar April ini. Seiring dengan itu, OPPO telah berkongsi beberapa maklumat mengenai peranti tersebut.

OPPO Find X8 Ultra akan dilengkapi dengan teknologi pengecas 100W berwayar dan 80W tanpa wayar. Menurut OPPO, untuk pengecasan berwayar ia mampu mengecas dari 0% ke 100% hanya dalam masa 35 minit sahaja.Peranti ini akan turut menyokong penarafan yang lebih baik melalui IP68 dan IP69.
Peranti ini akan memfokuskan kepada kemampuan fotografi dengan tetapan kuad-kamera belakang dengan sensor 50MP. Menariknya, peranti ini berkemungkinan hadir dengan skrin jenis rata dan bezel yang lebih nipis.
Selain itu, Find X8 Ultra akan dilengkapi dengan pengimbas cap jari jenis ultrasonik, sokongan komunikasi satelit, bateri 6000mAh dan akan dijana dengan cip Snapdragon 8 Elite.