Close

realme C75x tiba di Malaysia dengan harga RM599

realme Malaysia kini sedia untuk menawarkan satu lagi peranti baru ke pasaran tempatan melalui model C75x. Tampil dengan spesifikasi yang menarik dan menyokong ketahanan yang lebih baik.

realme C75x dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.67-inci dengan resolusi HD+ dan paparan 120Hz. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G81 Ultra yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor 50MP dan swafoto 5MP. Turut hadir dengan beberapa fungsi AI menarik seperti AI Smart Loop, AI Clear Face dan Circel to Search. Dimuatkan dengan bateri 5600mAh yang menyokong pengecasan 45W melalui USB-C. Peranti ini turut menyokong penarafan penarafan IP66/68/69 untk menjadikan ia lebih tahan lasak.

Di Malaysia, realme C75x ini dijual pada harga RM599 untuk 8GB + 125GB. Ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Coral Pink dan Oceanic Blue. Bagi yang berminat, peranti ini boleh didapatkan di semua pengedar rasmi realme Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN