Close

4 aplikasi terbaik untuk bulan ramadan

Seperti yang kita tahu, bulan ramadan adalah bulan yang mulia dan bulan yang penuh dengan keberkatan. Berikutan dari itu, kami ingin berkongsi 4 aplikasi terbaik untuk menjadikan ramadan anda lebih bermakna.

The Noor

Aplikasi The Noor atau ‘Noor’ berasal dari perkataan arab yang bermaksud Cahaya. The Noor tampil dengan antara muka yang lebih interaktif, padat dan ceria. Aplikasi ini juga boleh dikatakan sebagai aplikasi yang lengkap dan sesuai untuk gaya hidup Islam yang terbaik.

Aplikasi ini menawarkan pelbagai fungsi dan sokongan yang lebih menarik seperti Radio, Zikir, WakeUp Call, Noor TV, Community, The Noor Gold, Takaful dan Khutbah. Tampil dengan fungsi yang lebih luas dan menyeluruh seperti Zakat, Tabarru’, Jejak solat harian dan Sadaqah. Aplikasi ini turut menyokong fungsi yang dijana oleh AI iaitu AI Hiftz SmartCheck.

Tidak ketinggalan, aplikasi ini turut hadir dengan fungsi asas seperti doa harian, peringatan waktu solat, panduan arah kiblat dan juga Al-Quran. Aplikasi ini bebas dari iklan dan menyokong lebih dari 5 pilihan Bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Indonesia, Tamil, Arabic,Turkey dan Mandarin. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Play StoreApp Store dan HUAWEI AppGallery.

IKHLAS

IKHLAS adalah aplikasi serba guna atau semua-dalam-satu yang patuh syariah, menawarkan platform selamat dan terjamin untuk komuniti Muslim. Aplikasi ini hadir dengan antara muka yang minimalis dan menarik serta mudah untuk digunakan.

Aplikasi ini tidak hanya menawarkan fungsi asas seperti waktu solat, arah kiblat dan Al-Quran. Namun turut hadir dengan pelbagai perkhidmatan tambahan seperti Thanksgiving, Ziarah, Travel, Fidyah, Education dan Umrah. Sekaligus menjadikan aplikasi ini sebagai platform gaya hidup Muslim yang lengkap.

Lebih menarik, aplikasi turut menyokong pembayaran zakat secara terus melalui 10 pusat pungutan zakat negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Negeri Sembilan, Terenganu, Johor, Sabah dan Perlis.

Aplikasi ini ditawarkan oleh Ikhlas com travel sdn bhd dan dikuasakan oleh airasia Digital di bawah cabang perniagaan mesra Muslim. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Play Store dan juga App Store.

Qalby

Seperti The Noor atau Noor yang menggunakan perkataan dari Arab, Qalby juga adalah perkataan berasal dari arab yang bermaksud Hati. Tampil dengan lebih banyak kandungan berkenaan islam seperti kepentingan islam, pendidikan dan juga gaya hidup yang berasaskan kepada Al-Quran dan Sunnah.

Turut menggunakan antara muka yang menarik dan ringkan serta mudah untuk difahami. Sekaligus, sesuai untuk digunakan pelbagai lapisan masyarakat. Turut hadir dengan fungsi asas seperti doa harian, peringatan waktu solat, panduan arah kiblat dan juga Al-Quran.

Menjadikan aplikasi lebih menarik, ia turut hadir dengan beberapa fungsi menarik seperti Qjournal, QalbyTV, Souq, Umrah, Qalby Travel, Jariyah, Umrah, Podcast dan Community. QalbyApp ini turut menawarkan kursus untuk pembelajaran Tajwid, Hadith, Sirah, Fiqh, Akidah dan lain lain.

QalbyApp ini dibangunkan oleh Eternal Rewards Snd Bhd, salah seorang pembangun aplikasi ini adalah selebriti tempatan iaitu Mizz Nina. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Play Store dan juga App Store.

Al Inarah

Aplikasi Al Inarah sedikit berbeza dengan aplikasi The Noor, Qalby dan IKHLAS. Al Inarah merupakan aplikasi hukum soal jawab yang diselia sepenuhnya oleh Dr. Zulkilfii Mohamad Al-Bakri bersama penyelidik Maktabah Al-Bakri.

Aplikasi ini hadir dengan antara muka yang lebih moden dengan susun atur yang lebih kemas untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Aplikasi ini turut dilengkapi dengan fungsi asas seperti waktu solat, arah kiblat dan Al-Quran.

Selain fungsi asas, aplikasi ini turut hadir dengan beberapa fungsi istimewa seperti edisi Ramadan, Qiratul Fatwa, Al- Bayan, Al-Mawaqif dan e-Commerce. Lebih menarik, aplikasi ini turut menghimpunkan lebih 4000 artikel kemusykilan agama, meliputi 75 kategori dan dikemaskini setiap hari. Terdapat juga tab khas untuk pertanyaan.

Aplikasi ini tersedia secara percuma dan juga langganan untuk sokongan fungsi yang lebih menarik. Untuk langganan ia ditawarkan pada harga RM5.49 sebulan atau RM38.99 untuk setahun. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Play Store dan juga App Store.

ARTIKEL BERKAITAN