Close

Apple mungkin perkenal iPhone boleh-lipat pada akhir 2026

Apple berkemungkinan akan memperkenalkan iPhone boleh-lipat pertama mereka pada akhir 2026 atau awal 2027.

Menurut laporan, Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone boleh-lipat pada akhir 2026 atau seawal 2027. Peranti ini akan hadir dengan skrin luar bersaiz 5.5-inci dan skrin dalaman pula bersaiz 7.8-inci. Menggunakan engsel dari binaan titanium dan tiada kesan lipatan pada skrin.

Peranti ini tampil dengan rekaan yang nipis sekitar 4.5mm ke 4.8mm apabila dibuka dan 9mm ke 9.5mm apabila dilipat. Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dan dua kamera swafoto yang diletakkan pada skrin luar dan skrin dalam.

iPhone boleh-lipat ini tidak menyokong fungsi Face ID sebaliknya digantikan Touch ID yang diletakkan pada butang kuasa. Harga jualan untuk peranti ini dijangka sekitar $2,000 (RM8826) ke $2,500 (RM11,032).

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN