Kemas kini : CIMB menyatakan mereka sedang mengalami kesukaran teknikal berkenaan fungsi ini dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya. Artikel akan dikemas kini jika terdapat maklumat baru.
CIMB mengumumkan kemas kini kaedah transaksi Google Pay, tidak lagi memerlukan pengesahan kad PIN untuk transaksi Google Pay melebihi RM250, berkuat kuasa pada 25 Mac ini.

CIMB akan menggunakan kaedah baru untuk pengesahan transaksi melalui imbasan wajah (Face ID), cap jari atau kod laluan dompet digital (Google Wallet). Kaedah baru ini menjadikan proses pembayaran lebih mudah dan pantas.

Buat yang tidak mengetahui, CIMB menyokong pembayaran melalui Google Wallet dan tersedia untuk pengguna kad kredit Mastercard CIMB Bank dan CIMB Islamic Bank Berhad.
Selain itu, CIMB bakal menamatkan aplikasi CIMB Clicks sepenuhnya dan akan diganti dengan aplikasi CIMB OCTO bermula 12 April 2025.