CIMB Bank mengumumkan penangguhan bagi transaksi Google Pay melebihi RM250. Sebelum ini, CIMB menyatakan transaksi melebihi RM250 melalui Google Pay tidak lagi memerlukan pengesahan kad PIN bermula 25 Mac ini.

CIMB menyatakan yang mereka akan menggunakan kaedah baru untuk pengesahan transaksi melalui imbasan wajah (Face ID), cap jari atau kod laluan dompet digital (Google Wallet) bagi transaki melebih RM250.
Namun begitu, dalam pengumuman terbaru CIMB menyarankan pengguna untuk menggunakan kad kredit/-i CIMB Mastercard fizikal untuk transaksi melebihi RM250.
CIMB tidak memberikan maklumat lanjut mengenai penangguhan dan perubahan tersebut. CIMB dikatakan mengalami kesukaran teknikal berkenaan fungsi tersebut dan sedang berusaha untuk menyelesaikannya.