Close

Aplikasi Unifi Mobile kini dijenamakan sebagai Unifi UniVerse

Telekom Malaysia (TM) telah menjenamakan semula aplikasi Unifi Mobile kepada Unifi UniVerse. Tidak hanya penjenamaan semula, aplikasi ini turut hadir dengan rekaan logo baru yang lebih menarik.

Aplikasi ini merupakan All-in-One yang menawarkan pelbagai akses merangkumi Unifi Home, Unifi Mobile, Unifi TV dan juga perkhidmatan langganan. Bukan itu sahaja, aplikasi ini turut hadir dengan fungsi tambahan seperti Shop, pembayaran bil, pengurusan Unifi Home dan Unifi Mobile dan juga butang Live Support.

Aplikasi Unifi UniVerse ini telahpun tersedia untuk semua pelanggan baru dan juga pelanggan pelan mudah alih. Bagi pengguna sedia ada, anda masih boleh mengguruskan akaun melalui aplikasi MyUnifi. Selain itu, pada masa akan datang aplikasi akan dikemas kini secara automatik dan akan bertukar kepada aplikasi baru iaitu Unifi UniVerse.

Bagi pengguna Unifi, anda kini boleh muat turut aplikasi Unifi UniVers melalui Google Play Store dan Apple AppStore. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman rasmi Unifi.

ARTIKEL BERKAITAN