Close

Spesifikasi POCO F7 Pro dan F7 Ultra tertiris – Guna cip Snapdragon 8 Elite

Sub-jenama kepada Xiaomi iaitu POCO dijangka akan memperkenalkan peranti baru iaitu siri F7 tidak lama lagi. Menariknya, buat pertama kali POCO akan hadir dengan model baru iaitu Ultra.

Dalam perkembangan terbaru, spesifikasi POCO F7 Pro dan F7 Ultra telahpun tertiris. Untuk POCO F7 Pro, ia dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan konfigurasi memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP + 8MP Ultra Lebar + 2MP Makro. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar.

POCO F7 Ultra hadir spesifikasi lebih berkuasa dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB. Turut dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto + 32MP Ultra Lebar. Menyokong pengecasan 120W berwayar dengan bateri 6000mAh.

Siri POCO F7 merupakan penjenamaan semula kepada model siri Redmi K80 untuk pasaran global. Untuk POCO F7 Pro akan dijenamakan sebagai Redmi K80 manakala POCO F7 Ultra pula dijenamakan sebagai Redmi K80 Pro.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN