Close

Jualan iPhone 16e dilaporkan lebih baik berbanding iPhone SE 2022

Jualan iPhone 16e dikatakan lebih baik berbanding iPhone SE 2022 biarpun ditawarkan pada harga yang lebih mahal.

Menurut laporan, jualan iPhone 16e meningkat sekitar 60% berbanding model sebelumnya iaitu iPhone SE 2022. Antara faktor yang mempengaruhi jualan iPhone 16e adalah seperti rekaan yang lebih menarik, sokongan Apple Intelligence, penggunaan modem baru dan model termurah selepas penjualan iPhone SE dihentikan.

Selain itu, kebanyakkan pengguna yang menaik taraf kepada iPhone 16e dikatakan tidak merasakan kenaikkan harga jualan sebagai isu besar.

Namun begitu, kejayaan tersebut masih tidak dapat membantu Apple untuk menguasai semula pasaran mereka di China. Ketika ini, Apple dikatakan telah kehilangan pengaruh di pasaran tersebut.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN