Close

nubia Focus 2 5G kini rasmi di Malaysia dengan harga RM999

nubia Malaysia secara rasmi memperkenalkan peranti baru ke pasaran tempatan melalui model nubia Focus 2 5G. Peranti ini memfokuskan kepada kemampuan fotografi dengan harga jualan yang lebih mampu milik.

Untuk spesifikasi, nubia Focus 2 5G dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 6.7-inci dengan paparan 120Hz. Dijana dengan cip Unisoc T8100 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Bateri 5000mAh dimuatkan yang menyokong pengecasan pantas 22.5W.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 108MP + 2MP Kedalaman + AI kamera dan Swafoto 8MP. Keupayaan kamera ini turut dibantu dengan sistem Neovision AI Photography untuk memberikan hasil imej yang lebih baik. Selain itu, kamera peranti ini turut menyokong 4 focal lenghts yang berbeza 24mm, 35mm, 50mm dan 85mm.

Peranti ini turut hadir dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti AI sport snapshort, AI HDR, AI super night video, AI translate, AI magic photo dan lain-lain. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti NFC, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan Bluetooth 5.2. Tidak ketinggalan, peranti ini turut dimuatkan dengan fungsi Live Island yang mirip seperti Dynamic Island pada iPhone.

Di Malaysia, nubia Focus 2 5G dijual pada harga RM999 ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu Aurora White, Obsidian Black dan Cerulean Blue. Peranti ini boleh dipra-tempah bermula hari ini 17 hingga 26 Mac.

Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah percuma Black Shark GT3 Neo dan baucar RM100 untuk pembeli terawal. Untuk pembelian pada hari jualan pertama akan menerima Focus 2 Gift Box secara eksklusif.

ARTIKEL BERKAITAN