Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone yang seterusnya iaitu siri iPhone 17 pada sekitar September tahun ini.

Terkini, rekaan yang didakwa sebagai siri iPhone 17 telahpun tertiris. Sekaligus, memperlihatkan beberapa maklumat mengenai peranti tersebut. Terdapat 4 model yang akan diperkenalkan iaitu iPhone 17, iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. Tiada lagi model Plus sebaliknya diganti dengan model baru iaitu Air.

Apple menggunakan rekaan kamera belakang baru untuk iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. Untuk iPhone 17 Pro dan Pro Max ia menggunakan rekaan kamera segi empat dengan tetapan tri-kamera belakang. Sementara, iPhone 17 Air menggunakan rekaan kamera belakang jenis visor dengan satu kamera belakang.

Semua model akan dilengkapi dengan MagSafe dan tiada perubahan dari segi kedudukan dan susunan butang. Bermaksud, siri iPhone 17 masih mempunyai butang tambahan Action Button dan juga Camera Control.
Terdapat maklumat lain mendedahkan, Apple mungkin akan menggunakan nama baru iaitu Ultra untuk ganti model Pro Max. Walau bagaimanapun, maklumat ini masih tidak dapat dipastikan.