Close

Apple mungkin perkenal model Ultra – Pengganti kepada Pro Max

Apple berkemungkinan akan memperkenalkan model Ultra sebagai pengganti kepada model sedia ada iaitu Pro Max.

Melalui analisis rantaian bekalan, Apple mungkin akan menggantikan iPhone 17 Pro Max dengan model baru yang akan dikenali sebagai iPhone 17 Ultra. Model baru ini akan menjadi varian paling premium dalam siri iPhone 17.

Laporan mengenai model Ultra pada iPhone telah lama kedengaran namun model tersebut masih belum diperkenalkan. Selain itu, Apple telahpun menggunakan nama Ultra pada produk mereka seperti Apple Watch Ultra dan cip M3 Ultra. Jadi, tidak mustahil untuk melihat pengguna nama Ultra pada barisan iPhone yang akan datang.

iPhone 17 Ultra dijangka hadir dengan Dynamic Island yang lebih kecil, sistem penyejukan Vapor Chamber dan kapasiti bateri yang lebih besar. Namun begitu, maklumat ini masih tidak dapat dipastikan dan ia mungkin sekadar spekulasi.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN