Close

BYD perkenalkan pengecasan ultra pantas 1000kW – Cas 5 minit untuk jarak gerak 400 km

Pengeluar kenderaan elektrik (EV) popular dari China iaitu BYD, telah memperkenalkan teknologi pengecasan ultra pantas 1000kW. Teknologi ini menjanjikan masa pengecasan yang lebih pendek dan hampir setanding seperti mengisi minyak.

Sistem pengecasan baru ini dikenali sebagai “Super e-Platform” yang menawarkan kelajuan pengecasan ultra pantas sehingga 1000kW, dua kali ganda lebih pantas berbanding sistem pengecasan pesaing lain. BYD mendakwa teknologi ini mampu memberikan jarak gerak sehingga 400 km dengan hanya 5 minit pengecasan.

Selain itu, BYD juga komited untuk membina 4000 pengecas ultra pantas ini di seluruh China dengan menggunakan platform baru. Namun begitu, tiada maklumat mengenai jangka masa projek tersebut.

Dengan ketibaan sistem pengecasan ultra pantas ini, ia dijangka berpotensi untuk mengubah industri EV dan menjadikan EV lebih praktikal. Teknologi ini dijangka akan dimuatkan pada model sedan Han L dan juga SUV Tang L.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN