Nothing telahpun memperkenalkan Phone (3a) dan Phone (3a) Pro. Apa yang menjadi persoalan, bilakah Phone 3 akan diperkenalkan.
When’s the Nothing Phone (3) coming out?
— Shalev Haham🇮🇱🎗️ (@ShalevHaham) April 18, 2025
Bercakap mengenainya, pengasas Nothing iaitu Carl Pei melalui platform X menyatakan yang Phone (3) akan diperkenalkan antara bulan Julai hingga September 2025, iaitu pada suku ketiga tahun ini. Maklumat itu dikongsi melalui sesi Aks Me Anything (AMA) yang dibuka oleh Carl Pei.
Nothing Phone (3) yang sepatutnya diperkenalkan pada tahun lalu telah ditangguhkan kepada tahun ini. Sebagai rekod, Phone (1) telah diperkenalkan pada Julai 2022 manakala Phone (2) pula pada Julai 2023. Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan Phone (3) akan tiba dalam waktu yang sama.
Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada peranti ini. Namun, dengan pelancarannya yang semakin hampir, kita mungkin boleh menjangkakan teaser awal akan dikongsi sekitar Mei atau Jun ini.