HONOR Malaysia telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru ke pasaran tempatan pada 25 April ini. Peranti baru yang akan diperkenalkan adalah HONOR 400 Lite.

HONOR 400 Lite adalah peranti pertama dalam siri HONOR 400 yang ditawarkan ke pasaran tempatan. Menurut HONOR, peranti ini menawarkan peningkatan yang lebih baik dari segi kamera, binaan, rekaan, bateri dan juga fungsi AI.

Lebih menarik, HONOR 400 Lite akan hadir dengan butang khas yang dipanggil sebagai ‘AI Button’. Butang ini sama seperti butang kamera pada iPhone 16 namun menyokong pelbagai fungsi tambahan yang lebih baik dengan hanya satu klik sahaja.
Bercakap mengenai AI, peranti ini akan turut dimuatkan dengan pelbagai fungsi yang dijana oleh AI seperti AI Eraser, AI Outpainting, Face-to-Face Translate, Magic Portal dan Google Circle to Search. Tidak ketinggalan, peranti ini akan turut dilengkapi dengan intergrasi Google Gemini.
Buat masa ini, tiada maklumat mengenai spesifikasi dan harga jualan untuk peranti ini. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.