Sebelum ini, OnePlus telahpun mengesahkan beberapa maklumat seperti rekaan, warna dan saiz skrin yang akan digunakan pada OnePlus 13T.

Dalam perkembangan terbaru, OnePlus telah mengesahkan peranti tersebut akan turut dilengkapi dengan cip yang sama digunakan pada OnePlus 13 iaitu Snapdragon 8 Elite. Jadi, kita mungkin boleh menjangkakan kemampuan prestasi yang setanding dengan peranti andalan.

OnePlus 13T akan turut hadir dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 6260mAh dan menyokong fungsi bypass charging. Malangnya, tiada maklumat mengenai kelajuan pengecasan yang dikongsi. Biarpun dilengkapi dengan kapasiti bateri yang besar, berat peranti ini hanya sekitar 185 gram sahaja.
Selain itu, OnePlus 13T akan dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Telefoto dan menyokong penarafan IP65. Dari segi binaan, peranti ini akan menggunakan binaan dari logam pada bahagian bingkai.