Close

vivo X200 Ultra dan X200s diumumkan – Guna cip Snapdragon 8 Elite dengan bateri 6000mAh

vivo telah memperkenalkan dua peranti baru mereka iaitu X200 Ultra dan X200s di China. Untuk vivo X200 Ultra, ia lebih memfokuskan kepada kemampuan kamera manakala X200s pula tampil dengan rekaan yang kompak.

vivo X200 Ultra hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.82-inci dengan resolusi QHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 4500 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT-818 + 200MP Telefoto ISOCELL HP9 + 50MP Sony LYT-818 dan swafoto 50MP. Keupayaan kamera peranti ini turut dikuasakan dengan dua cip ISP iaitu vivo V3+ dan VS1. Terdapat juga butang khas untuk kamera yang membolehkan pengguna mengakses kamera dengan lebih pantas.

vivo X200 Ultra turut boleh digunakan dengan lensa tambahan melalui set fotografi khas yang memberikan pengalaman penggunaan kamera yang lebih baik. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar dan 40W tanpa wayar.

Untuk vivo X200s pula, ia hadir dengan AMOLED bersaiz 6.67-inci yang turut menyokong paparan 120Hz. Dijana dengan cip Dimensity 9400+ yang digabungkan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Turut menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP+ 50MP Telefoto dengan 3x zum optik + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP. Peranti ini dimuatkan dengan bateri 6200mAh, merupakan kapasiti terbesar dalam siri X200. Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan 90W berwayar dan 40W tanpa wayar.

Di China, vivo X200s dijual pada harga bermula sekitar CNY4199 (RM2800) manakala vivo X200 Ultra pula dijual pada harga CNY6499 (RM4332). Kedua-dua model dijangka tidak akan dilancarkan untuk pasaran global, bermaksud peranti ini eksklusif untuk pasaran China sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN