vivo Malaysia bakal memperkenalkan peranti baru dalam siri V iaitu V50 Lite ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Peranti ini akan ditawarkan dalam 2 pilihan varian iaitu 4G dan 5G.

vivo V50 Lite 5G dijangka hadir dengan spesifikasi yang menarik bagi segmen kelas pertengahan. Ia dilengkapi skrin 6.67-inci dengan resolusi FHD+ dan menyokong paparan 120Hz. Keupayaan skrin ini menjanjikan pengalaman visual yang lancar dan responsif.
Selain itu, peranti ini akan dimuatkan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 6500mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Untuk fotografi, vivo V50 Lite akan menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP.
Untuk vivo V50 Lite 5G, ia akan dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 6300 sementara untuk varian 4G dikuasakan dengan cip Snapdragon 685. Namun secara keseluruhan, kedua-dua model berkongsi rekaan dan spesifikasi yang serupa.
Pada ketika ini, hanya harga jualan dan ketersediaan sahaja yang menjadi rahsia. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.