Close

Google Pay kini menyokong TNG eWallet dan ShopeePay

Google kini mengumumkan sokongan intergrasi TNG eWallet dan ShopeePay pada Google Pay untuk pengguna Android. Menariknya, intergrasi ini menjadikan Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara hadir dengan fungsi tersebut.

Melalui fungsi ini, pengguna kini boleh menggunakan ShopeePay atau TNG eWallet secara terus melalui Google Pay di Google Chrome tanpa perlu bertukar aplikasi. Pengguna hanya perlu menambah dompet digital pada Google Pay dan melakukan pengesahan. Seterusnya, pengguna boleh memilih dompet digital yang ingin digunakan.

Dari segi keselamatan, setiap transaksi yang dibuat melalui Google Pay memerlukan pengesahan PIN atau biometrik. Selain itu, pengguna juga boleh membuat tambah nilai eWallet secara terus melalui Google Pay. Untuk kemas kini akan datang, pengguna bakal boleh melihat baki eWallet mereka dari platform yang sama.

Fungsi ini dijangka akan dapat memudahkan rakyat Malaysia membuat pembayaran dalam talian. Intergrasi ini telahpun tersedia secara berperingkat kepada semua pengguna di Malaysia. Pada masa akan datang, lebih banyak eWallet akan ditambah pada Google Pay.

ARTIKEL BERKAITAN