Aplikasi SPX Express kini tersedia untuk dimuat turun bagi pengguna Android dan juga iOS. Buat yang tidak mengetahui, SPX Express sebelum ini dikenali sebagai Shopee Express yang hanya tertumpu kepada penghantaran melalui platform Shopee sahaja.

SPX Express kini tidak hanya terhad kepada platform Shopee sahaja tetapi turut boleh digunakan oleh sesiapa sahaja, sama seperti perkhidmatan penghantaran lain seperti J&T Express, Pos Malaysia dan lain.

Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menjejak penghantaran secara masa nyata, rekod sejarah penghantaran, anggaran bayaran penghantaran dan sebagainya. Seiring dengan pengenalannya, SPX Express kini menawarkan caj penghantaran serendah RM5 untuk 3kg pertama.
Sekiranya anda kerap menggunakan perkhidmatan penghantaran, SPX Express mungkin boleh menjadi alternatif yang berbaloi untuk dipertimbangkan. Pengguna boleh memuat turun aplikasi ini melalui Google Play Store atau Apple App Store.