Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencadangkan penggunaan aplikasi MyDigital ID untuk urusan pembayaran saman trafik.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan, walaupun penggunaan MyDigital ID masih belum diwajibkan namun ia merupakan sebahagian daripada dasar transformasi digital kerajaan. Namun begitu, pengguna yang berdaftar dengan MyDigital ID akan menjadi keutamaan.
Selain itu, kerajaan telah bersetuju untuk meminda Akta Pendaftaran Negara 1959 bagi membolehkan perlaksanaan identiti digital secara rasmi dan menyeluruh.
Langkah ini masih lagi di peringkat cadangan dan belum lagi diluluskan di Parlimen. Namun begitu, orang ramai digalakkan untuk menggunakan aplikasi tersebut sebagai kaedah pengesahan identiti dalam sebarang urusan.