iQOO secara rasmi memperkenalkan dua lagi peranti baru di bawah siri Z iaitu Z10 Turbo dan Z10 Turbo Pro. Kedua-dua peranti hadir dengan spesifikasi yang berkuasa dan kapasiti bateri yang besar.

Kedua-dua model dilengkapi dengan teknologi skrin yang sama namun dibezakan dengan cip, bateri, pengecasan dan juga kamera. Kedua-dua model hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 144Hz dengan kecerahan puncak 2000 nits.

iQOO Z10 Turbo dikuasakan dengan cip MediaTek Dimensity 8400 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman 512GB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Kedalaman dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri 7620mAh yang menyokong pengecasan 90W.

Untuk iQOO Z10 Turbo Pro, ia dijana dengan cip Snapdragon 8s Gen 4 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman 512GB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP Sony LYT 600 + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 16MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan 120W.
Selain itu, kedua-dua peranti ini menyokong penarafan IP65, menjalankan sistem operasi OriginOS 5 berasaskan Android 15, pengimbas cap jari bawah skrin, IR Blaster dan pembesar suara jenis stereo.
Di China, iQOO Z10 Turbo dijual pada harga bermula sekitar CNY1799 (RM1067) dan iQOO Z10 Turbo Pro pula dijual pada harga bermula sekitar CNY1999 (RM1186).