nubia menambah penawaran peranti di bawah siri Red Magic 10 dengan memperkenalkan Red Magic 10 Air. Merupakan alternatif kepada siri utama Red Magic 10 dengan spesifikasi yang menarik dan ditawarkan pada harga lebih mampu milik.

Red Magic 10 Air hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.8-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1300 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar. Untuk swafoto, ia menggunakan teknologi kamera bawah skrin dengan sensor sebesar 16MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan 80W. Biarpun menggunakan kapasiti bateri yang besar namun masih mengekalkan rekaan yang nipis iaitu 7.85mm sahaja.

Peranti ini tidak dimuatkan dengan kipas penyejuk seperti siri Red Magic 10 sebaliknya menggunakan sistem penyejukan Composite Liquid Metal 2.0 dan turut dilengkapi dengan trigger button untuk pengalaman permainan yang lebih baik. Selain itu, peranti ini menjalankan Red MagicOS 10 berasakan Android yang menyokong ciri AI seperti Deepseek, Recon Mode, dan Motion Control.

Di Malaysia, nubia Red Magic 10 Air ini dijual pada harga bermula RM3199 (12GB + 256GB) dan RM4099 (16GB + 512GB). Seiring dengan ketibaannya, nubia menawarkan diskaun RM800 dan juga Red Magic Cooler 6 Air percuma sekiranya anda membeli dari 5 Mei hingga 31 Mei 2025.
Tawaran masa terhad ini tersedia melalui kedai rasmi Red Magic di Shopee, Lazada, TikTok dan laman web rasmi.