Samsung Galaxy Watch dijangka akan menyokong fungsi Now Bar selepas dikesan melalui kemas kini One UI 8 Watch.

Menurut laporan, beberapa baris kod yang merujuk kepada fungsi Now Bar telah dikesan pada kemas kini One UI 8 Watch. Now Bar akan diletakkan pada muka jam, menyokong dua pilihan iaitu dipaparkan sebagai ikon bersama teks atau ikon sahaja semasa skrin diaktifkan.

Selain itu, fungsi ini akan turut menyokong gerak isyarat ‘double pinch’ yang akan memaparkan data kontekstual secara terus pada muka jam. Ketibaan fungsi ini akan menjadikan muka jam lebih interaktif dan juga pintar. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak keupayaan akan ditambah baik pada fungsi tersebut.
Buat yang tidak mengetahui, Now Bar adalah fungsi baru yang diperkenalkan oleh Samsung pada One UI 7 yang dibina berasaskan Android 15. Secara asasnya, fungsi ini mirip seperti mana fungsi Dynamic Island namun terletak di bahagian dan dipaparkan pada bahagian lock screen. Now Bar akan memaparkan informasi dan memberikan kemas kini masa nyata pada skrin hadapan ketika dikunci.