Close

PlayStation Store kini menyokong pembayaran melalui Apple Pay

Sony menambah sokongan pembayaran untuk pembelian permainan PlayStation 5 (PS5) di PlayStation Store melalui Apple Pay.

Melaluinya, pengguna PS5 kini boleh membuat pembelian permainan dan juga kandungan lain melalui Apple Pay. Fungsi pembayaran ini menggunakan sistem imbas kod unik yang akan dipaparkan jika memilih pembayaran melalui Apple pay.

Kod tersebut perlu diimbas melalui iPhone atau iPad dan paparan untuk pembayaran Apple Pay akan muncul pada peranti tersebut. Seterusnya, pengguna perlu memilih kad dan mengesahkan pembayaran melalui Face ID atau Touch ID.

Fungsi ini telahpun tersedia melalui sistem operasi iOS 18 dan iPadOS 18, sebelum ini pembayaran perlu dilakukan melalui pelayar web seperti Chrome bukan melalui peranti. Sony dijangka akan memperluaskan sokongan pembayaran ini untuk PS4 pada masa akan datang.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN