Seperti yang kita tahu, kesihatan bateri (battery health) adalah sangat penting dalam memastikan jangka hayat bateri menjadi lebih panjang atau lebih tahan lama. Bukan itu sahaja, kesihatan bateri juga merupakan faktor penting dalam memastikan prestasi peranti sentiasa dalam paras yang optimum. Jadi, ini 5 tips untuk jaga battery health bagi iPhone.
1. Had pengecasan kepada 80% sahaja.

Dengan mengehadkan pengecasan kepada 80% sahaja ia boleh memanjangkan jangka hayat dan juga kesihatan bateri. Mengecas hingga 100% atau overcharge dengan kerap boleh menyebabkan kesihatan menurun dengan lebih cepat. Selain itu, mengecas hingga 100% akan mempercepatkan cycle count bateri menurun.
2. Gunakan pengecas asli atau yang diperakui MFi (Made for iPhone).

Pengecas asli atau yang diperakui MFi (Made for iPhone) direka untuk memberikan kuasa yang cekap serta selamat. Disebabkan itu, menggunakan pengecas asli atau diperakui dapat membantu menjaga kesihatan bateri. Selain itu, pengecas asli dan diperakui dapat mengelakkan dari berlakukan kerosakkan pada komponen dalaman.
3. Aktifkan fungsi ‘Optimized Battery Charging‘.

Dengan mengaktfikan ciri Optimized Battery Charging dapat membantu untuk menjaga kesihatan bateri. Ciri ini adalah ciri pintar yang direka untuk menjaga kesihatan secara berpanjangan.

Apabila diaktfikan, ciri ini akan memperlahankan kadar pengecasan dan mengelakkan terjadinya isu overcharge. Sebagai contoh, fungsi ini akan berhenti mengecas sekitar 80% dalam situasi tertentu dan menyambung proses pengecasan sehingga selesai.
4. Elakkan guna wireless charging secara kerap.

Wireless charging sememangnya memudahkan pengguna untuk mengecas. Namun, tahukah anda mengecas dengan menggunakan wireless charging ia menjadikan bateri lebih cepat panas semasa proses pengecasan.

Penjanaan haba semasa proses pengecasan menyebabkan bateri dan peranti menjadi lebih cepat panas berbanding mengecas dengan menggunakan wayar. Dengan kerap mengecas menggunakan wireless charging ia boleh menyebabkan kesihatan bateri menurun dengan lebih cepat berbanding sepatutnya.
5. Jangan guna semasa mengecas.

Seperti yang kita tahu, haba atau suhu panas adalah musuh utama kepada bateri. Suhu panas boleh memendekkan jangka hayat bateri. Bukan itu sahaja, ia juga menyebabkan pengecasan menjadi perlahan dan kurang efisien.
Lebih teruk lagi, situasi ini juga mendedahkan pengguna kepada risiko keselamatan seperti berlakunya letupan kecil atau kejutan elektrik. Oleh yang demikian, elakkan bermain atau menggunakan fon semasa mengecas.