OPPO Malaysia secara rasmi memperkenalkan tablet terbaru mereka iaitu OPPO Pad SE. Tampil dengan penawaran yang menarik dan sesuai untuk kegunaan yang pelbagai.
OPPO Pad SE dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 11-inci dengan resolusi 2K. Turut menyokong paparan 90Hz, Immersive Eye-Care dan kecerahan puncak 500 nits. Dijana dengan cip MediaTek Helio G100 yang dipadankan dengan 4GB RAM dan storan dalaman 128GB.

Menggunakan tetapan kamera tunggal belakang dengan sensor 5MP dan swafoto 5MP. Dimuatkan dengan bateri 9340mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti Wi-Fi 5, Bluetooth 5.4 dan bicu audio 3.5mm. Tablet ini turut menyokong Google Gemini dan juga sokongan Kids Mode.

Di Malaysia, OPPO Pad SE dijual pada harga RM699 untuk 4GB + 128GB. Peranti ini boleh didapatkan dengan harga promosi RM599 melalui sesi pra-tempahan sehingga 24 Mei ini. Pembeli terawal juga berpeluang untuk mendapatkan kerangka tablet eksklusif bernilai RM99 pada harga RM 1.