Close

Samsung Odyssey OLED G6 kini tersedia di Malaysia dengan harga RM5499

Samsung Malaysia kini sedia untuk menawarkan monitor permainan baru melalui model Odyssey OLED G6. Merupakan monitor permainan OLED pertama dari Samsung yang ditawarkan dengan paparan sehingga 500Hz.

Samsung Odyssesy OLED G6 bersaiz 27-inci dengan resolusi QHD. Turut yang menyokong paparan sehingga 500Hz, kecerahan puncak 1000 nits dan teknologi QD-OLED untuk memberikan pengalaman visual yang imersif dan jelas.

Monitor ini turut dilengkapi dengan NVIDIA G-SYNC dan AMD FreeSync™ Premium Pro, serta VESA DisplayHDR True Black 500, bagi memastikan pengalaman permainan yang lebih baik dan grafik yang stabil. Dari segi sambungan, ia menyokong HDMI 2.1, USB Type-A, bicu audio 3.5mm dan DisplaPort 1.4.

Ciri menarik lain yang ditawarkan pada monitor adalah seperti OLED Safeguard+ yang melindungi dari masalah burn-in, Glare Free untuk mengurangkan masalah silau dan juga pantone validated untuk memastikan paparan visual tepat dan jelas.

Di Malaysia, Samsung Odyssey OLED G6 dijual pada harga RM5499. Monitor ini boleh dibeli dengan harga promosi RM4999 (rebat RM500) jika membeli dari 15 hingga 31 Mei 2025. Sempena pelancarannya, pelanggan yang membuat pra-tempahan akan menerima RM300 Promo Code Voucher bernilai RM300 dari Samsung Online Store dan RM500 dari Samsung Registration+.

ARTIKEL BERKAITAN