Xiaomi mengesahkan yang mereka akan memperkenalkan dua peranti baru iaitu Xiaomi 15S Pro dan Xiaomi Pad 7 Ultra.

Menariknya, kedua-dua peranti ini akan dikuasakan dengan cip yang dibangunkan sendiri oleh Xiaomi iaitu XRING 01. Cip ini akan dibina dengan teknologi binaan 3nm dan telahpun memasuki pengeluaran besar-besaran.
Cip ini juga telah dikesan pada penanda aras GeekBench menggunakan konfigurasi 10 teras dengan kelajuan 3.90GHz. Bercakap mengenai prestasi, cip ini dikatakan mampu mengatasi kemampuan cip Snapdragon 8 Elite. Untuk prestasi grafik ,ia akan menggunakan GPU Immortalis-G925.
Xiaomi akan memperkenalkan cip XRING 01 pada minggu hadapan. Pengenalan cip ini dijangka akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada pengeluar cip seperti Qualcomm dan MediaTek.