Xiaomi secara rasmi mengumumkan cip yang dibangunkan sendiri oleh mereka iaitu XRING 01.

XRING 01 dibangunkan dengan teknologi binaan 3nm N3E generasi kedua dari TSMC. Cip ini mempunyai 19 billion transistor bersaiz 109mm², menjanjikan kecekapan penggunaan tenaga yang lebih baik.


Menggunakan konfigurasi 10 teras iaitu 2x Cortex-X925 berkelajuan 3.9GHz, 4x Cortex-A725 berkelajuan 3.4GHz, 2x Cortex-A725 berkelajuan 1.9GHz dan 2x Cortex-A520 berkelajuan 1.8GHz. Untuk prestasi grafik, cip ini menggunakan GPU Immortalis-G925 dengan 16 teras yang mencatatkan skor 3 juta pada penanda aras Antutu.

Cip ini turut dilengkapi dengan ISP generasi keempat dari Xiaomi dan NPU 6-teras yang menyokong pemprosesan kecerdasan buatan (AI) sehingga 44 TOPS. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti sokongan memori LPDDR5T, storan dalaman UFS 4.1, USB 3.2 Gen 2 dan WiFi 7.
Sebelum ini, Xiaomi telahpun mengesahkan yang cip ini akan digunakan 15S Pro dan Pad 7 Ultra. Kedua-dua peranti ini akan diperkenalkan untuk pasaran China.