Close

HONOR Pad 10 turut tiba di Malaysia dengan harga RM1499

Seiring dengan ketibaan siri HONOR 400 ke pasaran tempatan, HONOR turut mengumumkan tablet baru mereka melalui model HONOR Pad 10.

HONOR Pad 10 hadir dengan rekaan yang nipis iaitu dengan 6.29mm dan ringan dengan sekitar 525gram sahaja. Dilengkapi dengan skrin LCD IPS bersaiz 12.-inci dengan resolusi 2.5K. Skrin peranti ini turut menyokong paparan 120Hz, 1.07 billion dan juga DCI-P3.

Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang digabungkan dengan 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Menggunakan tetapan kamera tunggal belakang dengan sensor 8MP dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 10,100mAh yang menyokong pengecasan 35W.

HONOR Pad turut menyokong fungsi yang dikuasakan oleh AI sepert AI Writing Tools, Ai HONOR Note, AI Voice-note Sync dan AI Note Assist. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti 6 pembesar suara, WiFi 6, Bluetooth 5.3 dan menjalankan sistem operasi MagicOS 9.0 berasaskan Android 15.

Untuk pasaran tempatan, HONOR Pad 10 dijual pada harga RM1499. Peranti ini boleh dibeli bermula 30 Mei 2025. Setiap pembelian akan menerima hadiah percuma bernilai RM1097.

ARTIKEL BERKAITAN