Close

Siri HONOR 400 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1899

Siri HONOR 400 secara rasmi tiba ke pasaran tempatan, hadir dengan 2 pilihan model iaitu HONOR 400 dan 400 Pro. Tiba dengan spesifikasi yang lebih berkuasa, rekaan yang lebih menarik dan dimuatkan dengan fungsi kecerdasan buatan (AI) yang lebih maju.

HONOR 400 Pro hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 5000 nits dan PWM Dimming 3840Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 3 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman 512GB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP 1/1.4″ OIS + 12MP Ultra Lebar + 50MP OIS Telefoto dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan teknologi bateri silikon 6000mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 50W tanpa wayar.

Untuk HONOR 400 pula, hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.55-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz, kecerahan puncak 5000 nits dan PWM Dimming 3840Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP 1/1.4” OIS + 12MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Turut dimuatkan dengan teknologi bateri silikon 6000mAh yang menyokong pengecasan 80W. 

Siri HONOR 400 hadir turut hadir dengan pelbagai fungsi yang dikuasakan oleh AI seperti AI Portrait Snap, AI Image to Video, AI Outpainting, AI Eraser, AI Cutout, AI Remove Reflection, Moving Photo Collage dan sebagainya. Fungsi AI paling menarik pada peranti ini adalah AI Image to Video, membolehkan pengguna menukar imej statik kepada dalam bentuk video berdurasi 5 saat.

Terdapat beberapa lagi fungsi AI yang turut tersedia antaranya Magic Portal, pengesanan Deepfake, alih bahasa, Google Gemini dan Circle to Search. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti NFC, IR Blaster, sokongan eSIM, penarafan IP69, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi MagicOS 9.0.

Di Malaysia, HONOR 400 dijual pada harga bermula RM1899 (12GB + 256GB) dan RM2199 (12GB + 512GB). Manakala untuk model Pro ia dijual pada harga RM2699 (12GB + 512GB). Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah bermula 22 hingga pada 29 Mei 2025.

Untuk pra-tempahan HONOR 400 Pro, pengguna akan menerima hadiah percuma dalam kamera Instax Mini LiPlay dan jaminan tambahan setahun. Manakala untuk pra-tempahan HONOR 400 akan menerima TWS Honor Choice dan jaminan tambahan setahun.

ARTIKEL BERKAITAN