HUAWEI secara rasmi memperkenalkan jam tangan pintar baru ke pasaran tempatan melalui model Watch 5. Hadir dengan rekaan yang lebih premium dan dilengkapi dengan sistem pemantauan kesihatan yang lebih cinggah.

HUAWEI Watch 5 hadir dengan 2 pilihan saiz iaitu 42mm dan juga 46mm. Rekaan Jam tangan pintar ini diinspirasikan dari ‘Kármán Line’ iaitu garisan sempadan antara atmosfera bumi dan angkasa lepas. Dibina dengan menggunakan keluli tahan karat 904L dan logam gred aeroangkasa dengan spherical sapphire glass yang tahan calar.

Jam tangan pintar ini dilengkapi dengan teknologi HUAWEI X-Tap yang mengabungkan fungsi EGG dan PPG, membolehkan ia memantau dan mengesan kesihatan dengan lebih tepat. Dengan hanya menyentuh jari pada sensor, pengguna boleh mendapatkan sembilan parameter kesihatan yang berbeza seperti HRV, okisgen dalam darah, tekanan, suhu kulit dan lain-lain.

Selain itu, HUAWEI Watch 5 turut menyokong kawalan gerak isyarat baru iaitu double tap dan double slide. Memboleh ia mengawal muzik atau kamera tanpa menyentuh skrin dengan melalukan isyarat tersebut. Untuk jangka hayat bateri, ia mampu bertahan sehingga 4.5 hari untuk pengguna biasa dan 11 hari dalam mod penjimatan untuk model 46mm. Bagi model 43mm ia mampu bertahan sehingga 3 hari untuk pengguna biasa dan 7 hari dalam mod penjimatan.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan pada kedua-dua peranti adalah seperti NFC, Bluetooth 5.2, pembesar suara, mikrofon, penarafan 5 ATM, penarafan IP68 dan menyokong eSim.

HUAWEI Watch 5 dijual pada harga bermula RM1799, kini boleh dipra-tempah melalui kedai rasmi HUAWEI Malaysia, Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Setiap pra-tempahan, pengguna akan menerima hadiah bernilai hingga RM746.