Pada tahun ini, HONOR akan memperkenalkan peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu siri Magic8. Menariknya, HONOR mungkin akan memperkenal model baru yang lebih kompak.
Menurut laporan, HONOR bakal memperkenalkan model mini sebagai pilihan baru dalam siri Magic8. Bermaksud, HONOR mungkin akan memperkenal 3 pilihan model iaitu Magic8, Magic8 Pro dan Magic8 Mini.

Magic8 Mini dijangka hadir dengan skrin bersaiz 6.3-inci dan akan dijana dengan cip Dimensity 9500. Untuk model Magic8, ia akan akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.58-inci sementara Magic8 Pro pula bersaiz 6.7-inci. Berbeza dengan Magic8 Mini, Magic8 dan Magic8 Pro akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite 2.
Selain itu, tidak dapat dipastikan adakah HONOR akan turut memperkenalkan Magic8 Lite sebagai model 4 atau sebaliknya. Siri HONOR Magic8 mungkin akan diperkenalkan lebih awal berbanding sebelumnya iaitu sekitar Oktober ini.