Close

vivo X Fold5 akan diperkenalkan pada 25 Jun ini

Fon lipat vivo yang seterusnya iaitu X Fold5 bakal diperkenalkan pada 25 Jun ini di China. Peranti ini dijangka akan hadir dengan beberapa penambaikan dari segi spesifikasi, rekaan dan ketahanan.

Menurut laporan, X Fold5 berkemungkinan hadir dengan kapasiti bateri 6000mAh sekaligus menjadikan ia fon lipat dengan bateri terbesar dalam segmennya. Bukan itu sahaja, ia akan turut menyokong pengecasan yang lebih pantas iaitu 80W berwayar dan 40W tanpa wayar.

Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor 50MP dan menyokong zum optik sehingga 3x. Dari segi ketahanan, ia mungkin hadir dengan sokongan penafaran kalis air dan debu IPX8/IPX9/IPX9+ serta IP5X. Untuk rekaan, X Fold5 dijangka hadir dengan rekaan yang lebih nipis dan lebih ringan berbanding model sebelumnya.

Tidak dapat dipastikan adakah X Fold5 Pro akan turut diperkenalkan atau hanya tersedia dalam satu pilihan model sahaja. Untuk pelancaran global, ia dijangka akan diperkenalkan sekitar Julai ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN