Close

Redmi 15 akan diperkenalkan pada 19 Ogos ini

Redmi sub-jenama kepada Xiaomi telah menjadualkan acara pelancaran Redmi 15 pada 19 Ogos ini di India.

Seiring dengan itu, Xiaomi telah berkongsi beberapa ciri menarik mengenai Redmi 15. Peranti ini akan dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.9-inci yang menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 6s Gen 3 dan dimuatkan dengan bateri 7000mAh.

Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dan menjalankan sistem operasi HyperOS 2. Redmi 15 akan tersedia dengan tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Frosted White, Sandy Purple

Peranti ini dijangka akan turut diperkenalkan untuk pasaran global, buat masa ini tiada sebarang tarikh diumumkan.

ARTIKEL BERKAITAN