Sebelum ini, terdapat laporan mendedahkan Galaxy S26 Ultra akan menyokong pengecasan yang lebih pantas 65W.
Yeah, Ice Universe was really right. The Galaxy S26 Ultra will support 60W fast charging! https://t.co/KcVQjM7B2J pic.twitter.com/9SOs1nadlr
— Erencan Yılmaz (@erenylmaz075) July 29, 2025
Dalam perkembangan terbaru, Galaxy S26 Ultra hanya akan menyokong pengecasan 60W sahaja bukan 65W. Berdasarkan dari kod yang ditemui dalam sistem operasi One UI 8, memperlihatkan sokongan maksimum untuk pengecasan berwayar adalah 60W sahaja.
Walaupun peningkatan ini lebih baik berbanding model sebelumnya 45W namun ia masih ketinggalan berbanding pesaing dari China yang menyokong pengecasan yang lebih pantas 100W dan ke atas.
Selain pengecasan, Samsung dijangka akan turut menggunakan kapasiti bateri yang lebih besar pada Galaxy S26 Ultra. Kapasiti bateri yang mungkin digunakan adalah 5500mAh iaitu 10% lebih besar berbanding Galaxy S25 Ultra dengan 5000mAh.
Terdapat juga laporan mendedahkan Galaxy S26 Ultra akan hadir dengan rekaan yang lebih nipis iaitu sekitar 8.2mm.