Xiaomi Malaysia kini sedia untuk menawarkan TV Box S generasi ketiga untuk pasaran tempatan. Hadir dengan peningkatan spesifikasi yang lebih berkuasa berbanding model sebelumnya.

TV Box S generasi ketiga menggunakan rekaan berbentuk bulat. Dikuasakan dengan cip 6nm Quad-Core berkelajuan 2.5Ghz yang dipadankan GPU ARM G310 V2. Cip ini menjanjikan peningkatan prestasi CPU 25% dan GPU 135% berbanding generasi sebelumnya. Untuk konfigurasi memori, ia hadir dengan 2GB RAM dan 32GB storan dalaman.

Peranti ini menyokong HDR10+ dan Dolby Vision manakala untuk audio ia menyokong Dolby Audio dan juga DTS:X. Dari segi penstriman, ia menyokong resolusi sehingga 4K pada 60fps. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah Bluetooth 5.2, WiFi 6, menjalankan sistem operasi Google TV dan menyokong Xiaomi TV+.
Di Malaysia, Xiaomi TV Box S generasi ketiga ini dijual pada harga RM239 (2GB + 32GB).