Close

Siri Tecno Pova 7 5G akan tiba di Malaysia tak lama lagi

Tecno Malaysia bakal memperkenalkan peranti baru di bawah siri Pova 7 tidak lama lagi. Dua peranti yang akan diumumkan adalah Pova 7 5G dan Pova 7 Ultra.

Malangnya, tiada maklumat mengenai spesfikasi yang dikongsi oleh Tecno buat masa ini. Kita mungkin boleh menjangkakan yang Pova 7 5G dan Pova 7 Ultra akan hadir dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik dari segi rekaan dan juga spesifikasi.

Pova 7 5G dijangka hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.78-inci dengan paparan 144Hz, cip Dimensity 7300 Ultimate, pengecasan 45W dan bateri 6000mAh. Manakala, Pova 7 Ultra pula hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan paparan 144Hz, cip Dimensity 8350 Ultimate, pengecasan 70W dan bateri 6000mAh.

Kedua-dua model dijangka akan ditawarkan pada harga yang berpatutan sesuai untuk pengguna yang mahukan prestasi tanpa berbelanja lebih. Maklumat mengenai harga jualan dan ketersediaan dijangka akan diumumkan pada acara pelancarannya kelak.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN