Close

iPhone telah terjual lebih dari 3 bilion unit

Apple mengesahkan yang mereka telah menjual lebih daripada 3 bilion unit iPhone sejak pelancarannya pada tahun 2007.

Maklumat tersebut dikongsi oleh CEO Apple iaitu Tim Cook, semasa laporan kewangan suku tahun kedua untuk 2025. Apple berjaya mencapai jualan 1 bilion unit iPhone pada 2016 dan meningkat kepada 2 bilion unit pada 2021 biarpun tidak disahkan secara rasmi.

Selepas 4 tahun, Apple berjaya menjual lebih dari 3 bilion iPhone secara global pada Ogos 2025. Untuk laporan kewangan, Apple berjaya mencatat peningkatan pendapatan sekitar $94 billion iaitu 10% lebih baik berbanding suku yang sama tahun lepas.

Selain itu, Apple menanggung kos sebanyak $800 juta yang disebabkan oleh tarif baru dan dijangka akan meningkat sekitar $1.1 billion pada suku ketiga 2025.

Apple dijangka akan memperkenalan siri iPhone 17 pada September tahun ini. Model yang dijangka akan diperkenalkan adalah iPhone 17, iPhone 17 Air, iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN