Close

Samsung Exynos 2600 akan jadi cip pertama guna teknologi binaan 2nm

Samsung mengesahkan Exynos 2600 akan menjadi cip pemproses pertama di dunia yang akan menggunakan teknologi binaan 2nm Gate-All-Around (GAA).

Cip Exynos 2600 memfokuskan kepada prestasi dan juga kemampuan AI yang lebih baik dan berkuasa. Cip ini akan dibangunkan oleh Samsung Foundry dan hadir dengan konfigurasi 10 teras. Prestasi NPU turut ditambah baik dan lebih cekap untuk ciri AI pada peranti.

GPU Xclipse 960 akan dipadankan pada cip Exynos 2600, menjangkakan peningkatan pretasi sekitar 15% berbanding GPU Adreno 830 yang digunakan pada cip Snapdragon 8 Elite. Cip ini dijangka akan menawarkan prestasi yang lebih berkuasa dan lebih jimat tenaga.

Cip ini dijangka akan diperkenalkan seawal tahun 2026 bersama dengan siri Galaxy S26. Model Galaxy S26 Pro dan Galaxy S26 Edge dijangka akan menggunakan cip ini. Model Galaxy S26 Ultra di jangka kekal menggunakan cip Snapdragon 8 Elite 2.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN