iQOO secara rasmi mengumumkan peranti andalan mereka yang seterusnya akan dikenali sebagai ‘iQOO 15’ bukan ‘iQOO 14’ seperti yang sepatutnya. Perubahan tersebut mungkin disebabkan oleh kepercayaan budaya di beberapa negara yang menganggap angka 4 membawa nasib malang.

Berbeza dengan model sebelumnya iQOO 13 yang tiba sekitar Oktober 2024, iQOO 15 mungkin tiba lebih awal iaitu sekitar September 2025. Pelancaran tersebut dikatakan seiring dengan ketibaan cip baru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Elite 2.
Selain iQOO 15, cip Snapdragon 8 Elite 2 dijangka akan turut digunakan pada beberapa peranti lain seperti siri HONOR Magic8, realme GT 8 Pro dan juga siri Xiaomi 16.
iQOO 15 mungkin hadir dengan skrin jenis rata LTPO OLED bersaiz 6.85-inci, pengimbas cap jari ultrasonik, kamera periskop telefoto 50MP, pengecasan 100W berwayar dan mungkin menyokong pengecasan tanpa wayar.