Close

Infinix GT 30 5G+ akan diperkenalkan tak lama lagi

Infinix telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka GT 30 5G+ pada 8 Ogos ini di India. Peranti ini dijangka akan turut memfokuskan kepada permainan seperti mana GT 30 Pro.

Infinix GT 30 5G+ akan dikuasakan dengan cip Dimensity 7400 yang dipadankan dengan 8GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 256GB. Menggunakan skrin AMOLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1.5K. Turut menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 4500 nits.

Perkara menarik mengenai peranti ini adalah ia hadir dengan sokongan butang trigger untuk kawalan permainan yang lebih pantas dan responsif. Tidak ketinggalan, ia turut menyokong lampu LED RGB yang dimuatkan pada panel belakang.

Ciri Infinix AI dan Xboost AI turut dimuatkan untuk mengoptimumkan prestasi semasa bermain permainan dan penggunaan harian. Teknologi ini dijangka memberi peningkatan dalam kecekapan sistem dan grafik.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN