Close

WhatsApp bakal perkenal ciri ‘Guest Chats’

WhatsApp bakal memperkenalkan satu lagi ciri baru yang dipanggil sebagai ‘Guest Chat’. Ciri ini membolehkan pengguna berhubung dengan individu yang tidak mempunyai akaun WhatsApp.

Menurut WABetaInfo, ciri ini telah diuji melalui WhatsApp versi beta untuk Android dengan nombor binaan 2.25.22.13. Melaluinya, pengguna WhatsApp boleh menghantar pautan khas melalui SMS, emel atau media sosial kepada kenalan yang tidak mempunyai akaun WhatsApp.

Apabila pautan tersebut dibuka, penerima akan dibawa ke platform mirip seperti WhatsApp Web yang membolehkan pengguna bersembang secara terus dengan pengguna WhatsApp. Ciri ini turut dilindungi dengan penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end encryption).

Walau bagaimanapun, ciri tidak menyokong beberapa perkara seperti sokongan untuk menghantar gambar, audio, GIF, mesej suara, panggilan suara dan juga video. Selain itu, ciri hanya menggunakan ekosistem WhatsApp dan tidak melibatkan aplikasi pihak ketiga.

Pada ketika ini, ciri ini masih lagi dalam fasa ujian dan tidak dapat dipastikan bilakah ia akan tersedia kepada pengguna.

ARTIKEL BERKAITAN