OpenAI yang merupakan penyedia kepada perkhidmatan kecerdasan buatan ChatGPT, mengumumkan yang mereka kini berada dilandasan yang betul untuk mencapai 700 juta pengguna aktif mingguan.
Menurut OpenAI, ChatGPT bakal mencapai 700 juta pengguna aktif mingguan sekaligus menjadikan ia sebagai salah satu aplikasi pengguna yang paling pesat berkembang di dunia.

Pada Mac 2025, ChatGPT mencatatkan 500 juta pengguna aktif mingguan. Jumlah tersebut meningkat kepada hampir 700 juta pengguna pada Ogos 2025. Pencapaian tersebut adalah empat kali ganda lebih tinggi berbanding tahun lalu.
Ketibaan ciri penjanaan imej GPT-4 pada Mac lalu berjaya meningkatkan populariti ChatGPT. Lebih dari 700 juta imej telah dihasilkan oleh 130 juta pengguna hanya selepas beberapa hari ciri tersebut diperkenalkan. Ciri tersebut bukan sahaja meningkatkan penggunaan harian tetapi turut menjadikan interaksi pengguna kini lebih kreatif.
Selain itu, pengguna berbayar turut meningkat dari 3 juta kepada 5 juta sekaligus menunjukkan pertumbuhan yang baik dalam penggunaan komersil atau enterprise.