Close

MediaTek Dimensity 9500 mungkin hadir dengan GPU lebih berkuasa dan cekap tenaga

MediaTek dijangka akan memperkenalkan cip andalan terbaru Dimensity 9500 tidak lama lagi. Cip ini mungkin menjadi antara yang berkuasa dalam pasaran Android untuk tahun 2025.

Menurut laporan, cip Dimensity 9500 akan dilengkapi dengan GPU baru iaitu Immortalis-Drage atau Mali-G1-Ultra MC12 yang berkelajuan 1.0GHz. GPU ini dikatakan mampu menawarkan kecekapan tenaga sehingga 40% berbanding generasi sebelumnya.

Dengan peningkatan tersebut, pengguna boleh menikmati pengalaman grafik tinggi dengan penggunaan kuasa yang lebih rendah. Bukan itu sahaja, keupayaan ray tracing pada GPU turut meningkat sekitar 40% membolehkan permainan dimainkan pada 100fps atau lebih.

Cip Dimensity 9500 dijangka hadir dengan konfigurasi lapan teras iaitu 1x Cortex-X930 pada 3.23GHz + 3x Alto cores pada 3.03GHz + 4x Gelas cores pada 2.23GHz. Selain itu, cip ini dijangka akan dibina dengan teknologi binaan 3nm.

MediaTek dijangka akan memperkenal cip ini sekitar September 2025, lebih awal berbanding cip Snapdragon 8 Elite 2.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN