Close

vivo Y400 5G diumumkan – Guna cip Snapdragon 4 Gen 2, bateri 6000mAh dan pengecasan 90W

vivo mengumumkan peranti baru kelas permulaan yang dikenali sebagai Y400 5G. Sebelum ini, vivo telahpun memperkenalkan Y400 versi 4G untuk pasaran India.

Y400 5G hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.67-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 120Hz dengan kecerahan puncak 1800 nits. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 4 Gen 2 yang digabungkan dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB UFS 3.1.

Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 2MP Kedalaman dengan swafoto 32MP. Dimuatkan dengan bateri 6000mAh yang menyokong pengecasan pantas 90W. Peranti ini turut hadir dengan beberapa ciri yang dikuasakan oleh AI.

Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti penarafan IP68/IP69, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasi Funtouch OS 15 berasaskan Android 15. Di India, vivo Y400 5G ini dijual pada harga sekitar INR 21,999 (RM1059) untuk 8GB + 128GB dan INR 23,999 (RM1155) untuk 8GB + 25GB.

ARTIKEL BERKAITAN